Bukan Islam Tak Patut Halang

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Himpunan Aman A355?

Himpunan Aman UMMAT 24 Jun 2016

Kuasa Veto Melayu

Kenali Kuasa VETO Melayu Di Dalam Perlembagaan

Vernakular Melayu Telah Dikorbankan

Bagaimana Pula Dengan Vernakular Lain?

Tahniah Ah Jib Gor

Ke Arah Melahirkan Malaysia Moden Dengan Warganegara Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan?

Friday, 2 December 2016

Pindaan Akta 355 & Kerjasama UMNO-PAS

Perdana Menteri sekali lagi mahu semua pihak berhenti daripada mempolitikkan isu Pindaan Akta 355. Beliau sekali lagi memberi jaminan kepada pihak bukan Islam bahawa ianya tidak ada kena-mengena dengan Pindaan Akta 355 dan mereka tidak harus bimbang. Kita harap tidak ada lagi pihak yang menangguk di air yang keruh setelah penjelasan terbaru ini.

Beliau juga menerangkan bahawa satu bentuk kerjasama yang bersejarah di antara UMNO dengan PAS untuk terus memperkasakan Mahkamah Syariah dengan kerajaan mengambil alih pembentangan Pindaan Akta 355 daripada Ahli Parlimen Marang, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Semalam sayap Wanita dan Puteri UMNO telah menggesa pihak kerajaan supaya komited untuk memperkasakan institusi Mahkamah Syariah. Malah Ketua Wanita UMNO juga telah mencadangkan supaya diadakan Majlis Peguam Syarie dengan perkenan Majlis Raja-Raja supaya institusi Mahkamah Syariah dapat diperkasakan dengan lebih berkesan.


Semoga kerajaan amnya dan UMNO khasnya dapat melihat kehendak akar umbi umat Islam di negara ini yang sangat tagihkan pemerkasaan Mahkamah Syariah, supaya ianya kelak tidak boleh dipandang enteng oleh sesetengah pihak dan yang paling penting supaya keadilan dapat ditegakkan selaras dengan kehendak syariah.

Namun kelihatan seperti terhadap halangan dan cabaran daripada beberapa pihak untuk mengekang Pindaan Akta 355 daripada diluluskan di Parlimen kelak. DAP menuduh ianya bertentangan dengan nilai sekular negara kita. Walaupun Islam adalah Agama bagi Persekutuan, parti cauvanis yang sering dilabel 'anti Islam' itu sering mengatakan bahawa negara ini adalah sebuah negara sekular. 

Kerajaan nampaknya memerlukan segala bentuk sokongan daripada semua pihak yang menyokong usaha untuk memperkasakan institusi Mahkamah Syariah seperti yang sedang diusahakannya. Berdepan dengan halangan yang mengunung, jika UMNO perlu bekerjasama dengan parti PAS untuk merealisasikan Pindaan Akta 355 atau mana-mana parti politik sekalipun untuk merealisasikan Pindaan Akta 355, jika itulah yang dikehendaki rakyat, persoalannya kenapa tidak?!

Thursday, 1 December 2016

Menjelang PRU-14-MCA Masih Dalam Sindrom 'Denial'!

Semalam Khairul Azwan Harun menegur tegas orang Cina supaya bersedia untuk menerima kenyataan jika masih memilih untuk menolak Barisan Nasional (BN) dan beliau juga mahu persetujuan sesama BN harus dikaji semula kerana terdapat parti komponen yang tidak menyumbang seperti yang sepatutnya.

Naib Ketua Pemuda UMNO itu mengingatkan lagi jika orang Cina menolak BN dan terus-menerus menyokong parti DAP yang ‘anti Islam’, dalam pilihanraya akan datang seperti beberapa pilihanraya sebelum ini, tidak dapat tidak ini akan membuatkan UMNO dan beberapa parti Bumiputra lain akan menubuhkan kerajaan yang tidak mempunyai wakil daripada kaum Cina.

Adalah menjadi kebiasaan sekiranya kerajaan itu nanti lebih menumpukan kebajikan kepada kumpulan yang meyumbangkan kepada kemenangan mereka kelak. 

Beliau menambah pembangunan strategik seperti lapangan terbang dan sebagainya, boleh dipindahkan daripada Pulau Pinang ke Kedah ataupun Perak. Ini termasuk dengan permintaan untuk memansuhkan sekolah-sekolah vernakular. 

https://helenang.wordpress.com/2016/11/24/ruu-355-reps-from-mca-forget-theyre-elected-by-muslims/

Katanya lagi jika banyak bantuan diberikan kepada sekolah vernakular tetapi sokongan yang diterima tidak setimpal, ianya adalah sia-sia. 

Hari ini dengan tangkas sekali Presiden MCA Liow Tiong Lai yang dua-tiga kali telah membuat ugutan mahu meletakkan jawatan sekiranya Pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen Malaysia, menegur mengatakan bahawa sokong kaum Cina yang berkurangan bukanlah masalah MCA semata-mata tetapi masalah kolektif Barisan Nasional.

Amat menduka-citakan apabila menjelang PRU-14, MCA nampaknya masih tidak mempunyai strategi yang kuat tetapi masih mahu mengharapkan pengundi Melayu/Islam untuk memberikan kemenangan kepada parti tersebut. MCA juga masih tidak mahu mengaku kegagalan lebih sejuta ahli parti tersebut yang tidak mengundi MCA sebaliknya memilih untuk mengundi DAP. MCA masih mahu menafikan yang parti itu ditolak oleh kaum Cina. MCA kini hanya hidup dengan ehsan UMNO atas kerusi majoriti Melayu.

Memang mentaliti subsidi juga parti politik Cina yang satu ini!

Wanita UMNO & Puteri UMNO Sokong Pindaan Akta 355

Pemerkasaan perundangan dan institusi Mahkamah Syariah antara agenda yang turut diangkat Pergerakan Wanita dan Puteri Umno hari ini bagi kepentingan umat Islam di negara ini.
Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno 2016, hari ini mengumumkan pergerakan itu menubuhkan satu jawatankuasa pemandu sebagai tindakan susulan supaya resolusi Sidang Meja Bulat Syariah dapat diperjuangkan.
Katanya ia akan dijadikan antara agenda utama sayap tersebut untuk diperjuangkan tahun depan.
“Wanita percaya, sudah tiba masanya institusi Mahkamah Syariah dimartabatkan, setaraf dengan mahkamah sivil.
“Kita mendesak supaya cadangan mewujudkan 5 hierarki Mahkamah Syariah, yang diluluskan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam dipercepatkan,” katanya.
Wanita Umno pada 15 Nov lepas menganjurkan Sidang Meja Bulat Syariah yang membincangkan topik mengenai Penyeragaman Undang-Undang Syariah; Perundangan Perwarisan; dan Pemerkasaan Mahkamah Syariah.
Melalui resolusi itu, cadangan supaya undang-undang berkaitan warisan orang Islam dipinda, untuk mengkhususkan isu perwarisan harta pusaka orang Islam, diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, dan satu peruntukan penalti dalam Undang-Undang Jenayah Syariah bagi sesiapa yang ingkar perintah
tersebut.

https://akarimomar.wordpress.com/

Katanya beberapa resolusi lain turut dipersetujui untuk memperkasakan lagi Mahkamah Syariah antaranya menambah jumlah hakim wanita, bailif, pencatat/pembantu mahkamah dan peguam di jabatan guaman.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam ucapan dasar beliau pula mencadangkan agar Majlis Peguam Syarie ditubuhkan untuk meningkatkan profesionalisme dan integriti peguam syarie.
Menurut Mas Ermieyati, walaupun banyak penambahbaikan dilakukan Mahkamah Syariah sejak 2001, ia didapati tidak diikuti dengan usaha untuk meningkatkan profesionalisme dan integriti dalam kalangan peguam syarie.
Katanya profesionalisme dan integriti akan turut menyumbang kepada kelancaran dan kepantasan di Mahkamah Syariah.

pautan asal: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/11/30/umno-wanita-puteri-gesa-perkasakan-undang-undang-syariah/

Wednesday, 30 November 2016

Nasib Muslim Ditangan Kafir!

Setelah usaha dilakukan oleh sesetengah negara untuk menghalang kemasukan pelarian daripada negara-negara Islam yang sedang bergolak, hanya kerana Islam adalah agama yang dianuti, walaupun hakikatnya, negara mereka musnah hasil daripada kesan kerakusan hegemoni geo-politik Barat. Muslim hari ini ditindas lagi apabila Mahkamah di Belanda memutuskan bahawa wanita-wanita Muslim di Belanda dilarang daripada memakai burka di tempat-tempat awam.

Belanda yang telah sekian lama terkenal di seluruh dunia kerana menghalalkan pelacuran, satu bentuk perhambaan tertua dunia, dan juga negara yang telah meluluskan undang-undang kontroversial 'bunuh diri' atas nama Euthanasia kepada sesiapa saja yang tidak sanggup lagi menderita 'sakit', tiba-tiba mengatakan tidak kepada sehelai kain 'bernama' burqa?

Barat & Fesyen Apa Saja
Ironinya, baru-baru ini seorang lelaki kaki botol dibenarkan untuk 'bunuh diri' dan setakat ini lebih lima ribu nyawa telah menjadi korban projek gila Euthanasia. Kita hairan apabila burka pula tiba-tiba diharamkan?! Rupa-rupanya keterbukaan Belanda ada hadnya. Kita ingat setelah perhambaan atas nama pelacuran dibenarkan undang-undang negara tersebut sama seperti projek bunuh diri Euthanasia, Belanda akan terbuka kepada segala-segalanya. Nampaknya tidak kepada burka!

Ianya tidak akan terhenti di situ. Nampaknya hal yang sama juga dikatakan bakal berlaku di serata Kesatuan Eropah apabila pengharaman ini bakal mengambil tempat. Perancis baru-baru ini diketawakan dunia apabila cuba mengharamkan pemakaian 'Burkini' di pantai-pantainya yang membenarkan telanjang bulat, walaupun kononnya memegang kuat kepada prinsip 'liberte, egalite & fraternite'.

Pelik bin ajaib, ketika dunia tidak lagi terlopong melihat kepada cara berpakaian, dan ada kalanya tidak berpakaian agen provokatur budaya dan moral si Lady Gaga, Barat amnya masih tertutup mindanya?

Barat & Fesyen Apa Saja
Rupa-rupanya apabila diuji tahap keterbukaan, Belanda seperti kebanyakkan negara Barat lain, tidaklah seterbuka mana. Setelah Masjid Al-Aqsa dijarah, mungkin ada dikalangan kita yang belum dengar berita bahawa negara haram Zionis, Israel telah mengharamkan seruan azan darjpada berkemumandang di Masjid. Dan kita di Malaysia masih bertelagah pasal istilah?

Tuesday, 29 November 2016

Datuk Seri Tiong King Sing-Sokong Pindaan Akta 355 Bukan Bererti Khianat Non Muslim!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan pemimpin parti tersebut Datuk Seri Tiong King Sing yang tampil bersikap jujur menyatakan pendirian parti tersebut bahawa Pindaan Akta 355 adalah hak beragama orang Islam yang harus dihormati semua.

Keterbukaan SPDP jelas menunjukkan kematangan dan kesederhanaan dalam berpolitik yang diamalkan oleh parti  tersebut yang semestinya harus dijadikan contoh kepada semua. Negara kita sememangnya memerlukan lebih banyak parti politik bukan Islam yang sentiasa menghormati Islam dan cara hidup Muslim.

Ia juga boleh menjadi teladan terutamanya kepada parti-parti politik bukan Islam yang masih degil dan gemar untuk berburuk sangka dengan Pindaan Akta 355, walaupun sudah berkali-kali diperjelaskan bahawa ianya bukan Hudud dan tidak ada kena-mengena dengan kehidupan orang bukan Islam.

Bercakap kepada Borneo Post beberapa hari lalu beliau berkata "PDP tidak terlibat sama mengkritik cubaan Pindaan Akta 355 kerana kira tahu bahawa Hadi hanya mahu meminda rang undang-undang untuk memperkasa Mahkamah Syariah dan kami berpendapat tidak harus mengkritiknya secara melulu."


Pendirian SPDP dan Datuk Seri Tiong King Sing itu harus dijadikan contoh kepada mana-mana parti nyamuk yang berharapkan dana parti bukan Islam untuk kelangsungan hayat berpolitik seperti beberapa ekor anjing tambatan yang sedia menyalak untuk DAP bila perlu.

'Olive branch' yang dihantar bolehlah dianggap sebagai 'wake-up call' untuk parti-parti yang mengharapkan undi Melayu/Islam bahawa tidak akan ada alasan yang munasabah lagi mana-mana parti untuk tidak mengundi menyokong Pindaan Akta 355 kerana parti bukan Islam seperti SPDP sendiri memilih untuk sebulat suara mengundi pindaan akta itu kelak.

Saturday, 26 November 2016

Etnik Rohingya-Nasib Muslim Ditangan Kafir Harbi!

Setakat ini sudah puluhan ribu nyawa Muslim dikorbankan oleh pengganas Buddha di Myanmar dan dunia, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih kelu seribu bahasa. Walaupun genosid yang sedang diperlakukan kepada etnik Rohingya telah entah ke berapa kali berlaku, dunia dan ‘polis dunia’, seperti Amerika Syarikat dan lain-lain anggota NATO belum merasa terpanggil untuk melakukan sesuatu konstruktif supaya perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dihentikan.

Perhimpunan Solidariti & Munajat Bersama Muslim Rohingya

Kali ini keganasan dan etnik Rohingya disembelih lagi, namun sememangnya Amerika Syarikat dan Barat yang selalu mendabik dada sebagai pejuang hak asasi papan atas jelas kelihatan tidak berminat membantu etnik Rohingya, sama seperti apa yang mereka lakukan dulu ketika dunia memerhatikan saja etnik Bosnia disembeljh di Eropah tanpa berkelip mata.
Amerika Syarikat khasnya tentulah keberatan untuk menghancurkan negara satelit yang mereka bantu ‘bina’. Aung San Suu Kyi merupakan agen didikan mereka sejak puluhan tahun lama. Masakan pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu yang sejak sekian lama dijadikan gadis poster demokrasi menentang rejim tentera Myanmar, contoh saki-baki kebobrokkan dunia ketiga yang menolak ‘demokrasi’, mahu dipalitkan dengan peristiwa berdarah yang sedang berlaku di Myanmar.

Selain daripada Syria, Amerika Syarikat sebenarnya lebih berminat untuk membuli dan menganggu-gugat keamanan Malaysia!


Walaupun satu dunia boleh melihat gambar-gambar kekejaman yang sedang diperlakukan ke atas etnik Rohingya kini, dengan ribuan keadaan ngeri mayat-mayat sama ada yang tanpa kepala, dipotong anggota badan yang lain, saki-baki mayat dibakar ataupun keadaan mayat ibu dua anak yang mati tergantung. Dunia seperti tidak mampu untuk menolong, masih terlopong menonton berita etnik Rohingya disembelih ditanahair mereka sendiri.
Itu belum lagi dikira dengan video-video yang menunjukkan kekejaman yang diperlakukan oleh tentera dengan membakar kampung-kampung kediaman etnik Rohingya, rakyat Myanmar yang sepatutnya dilindungi mereka.


Kenyataan Wisma Putra

Aung San Suu Kyi juga masih belum buka mulut. Wajahnya yang lembut dan keibuan itu sebenarnya sangat memperdayakan. Jika ini bukan contoh jelas seorang kafir harbi yang wajib ditentang, entah apa dan siapa?


bacaan lanjut:

http://islam1st.org/2012/08/barat-hipokrasi-maha-acuan-3.html

Friday, 25 November 2016

Menjawab Polemik 'Anti Hudud' Seorang Tokoh Islam

Satu penulisan  yang tersebar luas di alam maya kian menimbulkan polemik, banyak perkara berkenaan keberkesanan hukum hudud dipersoalkan. Kita tidak akan membahaskan atau menafikan fakta. Kita mengakui apa yang benar dan menolak yang batil. Namun di dalam mesej tersebut, hudud digambarkan seolah-olah mempunyai banyak kelemahan. Ini diperkuatkan lagi dengan sokongan hujah-hujah yang menunjukkan kelemahan pentadbiran negara yang melaksanakan hudud seperti Arab Saudi. Seperti tiada keberkesanan langsung dengan perlaksanaan hudud di negara tersebut yang boleh dijadikan contoh.

Pertama sekali ingin diperjelaskan di sini, semua jenis hukuman dan bukan hudud sahaja, amat bergantung kepada  perlaksanaan. Dan perlaksanaan sesuatu itu bergantung kepada tokoh-tokoh yang yang bakal menggerakkannya kelak. Mengandaikan hudud sebagai contoh undang-undang yang lemah hanya kerana kelemahan daripada segi perlaksanaan adalah pemikiran yang dangkal. Adakah negara-negara gagal seperti Haiti, Myanmar, Zimbabwe, dan Greece mengamalkan sistem hudud? 

Hudud itu dilaksanakan dengan semangat Islam dan seruan Nabi Muhammad SAW. yang tersurat adalah hukuman dan yang tersirat itu adalah berkat disebaliknya. Tidak dinafikan kita masih perlu mendidik rakyat supaya menjiwai Islam bukan sahaja hanya pada nama akan tetapi kukuh berakar pada sahsiah dan keperibadian setiap individu Muslim itu.

Itu tanggungjawab sebagai individu dalam melaksanakan suruhan Allah SWT Dan pada peringkat kepimpinan, setiap pemimpin itu bertanggungjawab untuk melaksanakan hukum Allah. Memandangkan mesej polemik viral tersebut seolah-olah mempersoalkan RUU 355 yang dibentangkan oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini, maka eloklah kita lihat dari perspektif dan konteks itu. Sepertimana kita maklum dalam penulisan tersebut menyatakan bahawa terdapat aspek ta’zir, muamalat dan siyasah dalam sistem jenayah.

Haiti Mangsa Kerakusan Sistem Sekular Barat!

Ta’zir itu telahpun dilaksanakan pada peringkat persekutuan melalui pelaksanaan kanun jenayah sivil. Akan tetapi apabila tiba giliran mahkamah syariah diperkasakan, maka muncul lah pejuang-pejuang ‘hak asasi manusia’ yang akan ‘menyalak’ kononya pemerkasaan mahkamah syariah akan menindas golongan bukan Islam. Sedangkan mahkamah syariah hanya boleh menghukum orang Islam sahaja. 

Dari aspek muamalat, bukankah kita ada sistem perbankan Islam yang kian meluas dan antara yang termaju di dunia? Bukankah itu satu bentuk pencapaian? Kenapa perlu kita rujuk pada kekurangan pihak lain sedangkan terdapat contoh yang terbaik di depan mata yang menjadi kayu ukur yang dicemburui negara-negara termaju dunia?

Dari aspek siyasah pula, seawal tahun 1955 lagi Parti Islam Se Malaysia (PAS) telahpun bertapak dan bertanding dalam pilihanraya negara. Dan PAS jugalah yang baru-baru ini telah membentangkan RUU 355 untuk pemerkasaan undang-undang syariah di Malaysia. Bukankah dengan jelas telah terdapat elemen siyasah Islamiyah di situ?  

Sebagai Muslim kita mempunyai tanggungjawab bersama terhadap Agama dan negara, kerana setiap daripada kita itu adalah pemimpin dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab kita di akhirat kelak,


Ibn Umar R.A berkata: saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangga suaminya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya. Dan kamu sekalian pemimpin dan akan ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal hal yang dipimpinnya. (Bukhari dan Muslim)

Sememangnya tidak wajar mana-mana manusia diaibkan, Islam mahupun bukan, apatah lagi jika perbuatan tersebut seperti menyindir hukum-hukum Allah SWTdan Rasul-Nya.

Gaya penulisan yang digunakan juga boleh memberikan salah fahaman tentang hudud dan perwatakan Umat Islam amnya. Ini adalah kerana artikel itu boleh difahami sebagai mengetengahkan keburukan sistem perundangan Islam. Sedangkan kelemahan sama ada dari segi pentadbiran atau integriti adalah dilakukan oleh pihak-pihak pentadbir yang tidak menjiwai Islam dan tidak amanah. 

Hanya kerana kesalahan dari aspek integriti itu tidak dihukum di mahkamah syariah, ini tidak bermakna pemerintah tidak memberikan perhatian kepada aspek-aspek itu. Malah ia adalah di bawah bidangkuasa mahkamah sivil kerana yang melakukan kesalahan sedemikian termasuk juga dari kalangan bukan Islam. Kita khuatir jika mesej-mesej seperti ini terus bersebaran, ini akan memberi satu persepsi yang buruk terhadap hukum-hakam Allah SWT. Jadi tidak hairanlah, jika orang bukan Islam kini sangat lantang menentang perkara-perkara yang berbentuk Islamik, mungkinkah ini disebabkan oleh orang Islam sendiri yang dilihat sering menentang hukum-hakam Islam.

Thursday, 24 November 2016

Dr D Jeyakumar-Pindaan Akta 355 Hak Beragama Umat Islam

Adalah amat memalukan apabila seorang Ahli Parlimen Muslim daripada sebuah parti yang diadakan untuk memberikan kosher halal kepada DAP, terus-menerus menyalak untuk bukan Islam walaupun telah berkali-kali diperjelaskan bahawa Pindaan Akta 355 untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia tidak ada kena-mengena dengan pihak bukan Islam di negara ini.

Adalah lebih memalukan ialah apabila susuk tersebut, yang baru-baru ini melalak memanggil seorang menteri “sial”, berkali-kali, merupakan seorang Pengarah Komunikasi sebuah parti yang kononnya mewakili sebuah parti Islam progresif lagi moderat, berpandangan bahawa taklimat khas semua Ahli Parlimen beragama Islam yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, merangkap ketua whip Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kononnya seolah-olah “Melayu berkomplot terhadap bukan Islam”.


Walaupun sudah diperjelaskan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa orang bukan Islam perlu hormat hak umat Islam di negara ini dan jangan membantah Pindaan Akta 355 tanpa faham hujung pangkal. Hal yang sama telah berkali-kali diperjelaskan bahawa pihak bukan Islam tiada kena-mengena langsung dengan Pindaan Akta 355, baik oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, sendiri, atau oleh Dato' Seri Jamil Khir Baharom sehinggalah juga oleh Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Haji Hadi Awang sendiri.

Beliau patut malu dan belajar daripada Dr D Jeyakumar, Ahli Parlimen Sungai Siput yang berpandangan bahawa orang bukan Islam sepatutnya menghormati hak orang Islam ingin mengamalkan ajaran agama mereka. Dan jika Pindaan Akta 355 adalah keperluan untuk itu, pihak bukan Islam seharusnya tidak menjadi batu penghalang.

Apakah mungkin Ahli Parlimen “Sial! Sial! Sial!” itu akhirnya akan faham?

Monday, 21 November 2016

Demo-Niat Tidak Menghalalkan Cara!!

Sebagai manusia kita harus peka dengan segala sesuatu yang berlegar di sekeliling kita. Apa-apa yang kita buat adalah untuk mencari kebaikan yang berkekalan, yakni syurga Allah. Kita tidak boleh membuat sesuatu untuk kepentingan kita semata-mata, namun pada masa yang sama ianya merugikan masyarakat, Nabi S.A.W. pernah bersabda,

“Kebenaran membawa kepada taqwa, dan taqwa membawa kepada syurga…”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Niat tidak menghalalkan cara, jika setiap manusia bertindak mengikut hawa nafsunya maka sudah tentu akan berlaku huru hara. Kehidupan ini akan lebih bermakna sekiranya kita berbakti kepada orang lain dalam kerangka yang telah diberikan oleh agama. Berbuat baik tetapi menerima wang ‘hasil rompak’ daripada seorang yang terkenal sebagai Penyangak Mata Wang Dunia bukanlah satu permulaan yang baik untuk sesuatu usaha kebaikan.

Apabila sumber kewangan sudah menjadi persoalan, segala gerak kerja termasuk niat dan method untuk sesuatu pergerakkan itu sudah boleh menjadi dipersoalkan?!



Malah yayasan Open Society Foundation sendiri dengan jelas menyatakan mereka mahu merebahkan ‘the ruling Malay’ di Malaysia sama seperti rejim-rejim lain di Asia Tenggara. Mungkin juga mahu menjadikan negara ini sebuah republik dengan pemansuhan sistem beraja? Adakah ini sebabnya Bersih mahu sistem ‘Mempertahan Demokrasi Berparlimen’ sedangkan Bersih sepatutnya sedar bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan?

Sultan dan Raja-Raja Melayu yang rata-rata merupakan legasi kepada pemerintahan Islam sejak ratusan tahun lama. Adakah kerana bencikan seseorang individu, berbaloi untuk kita semua masuk dalam perangkap dajal yang sebenarnya mempunyai ‘grand design’ yang kita semua tidak tahu?! Sudahkah kita lupa dengan cerita 'dajal datang bawa roti' di akhir zaman? Cuba kita ambil iktibar daripada negara-negara seperti Iraq, Libya, Mesir dan juga Syria.

Sampai bila orang kita asyik nak menang sorak, tapi kampong tergadai??

Saturday, 19 November 2016

Selepas Najib Pergi, Apakah SOROS-BERSIH Akan Berhenti?

Tidak! Tidak sama sekali. SOROS-BERSIH bukanlah seperti yang mereka sendiri mahu gambarkan. SOROS-BERSIH bukanlah sebuah entiti yang berjuang menentang Rasuah dan sebagainya. Buktinya, mereka mengamalkan bias selektif dengan membisu tentang gejala rasuah yang turut rancak diamalkan oleh sesetengah pihak yang lain.

Terbukti juga, setelah turunnya Pak Lah dari jawatan Perdana Menteri, SOROS-BERSIH masih terus berdemo dan membuat kacau ganggu saban tahun. Kali ini, SOROS-BERSIH terjangkit elemen yang mahu melihat Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Bila sebenarnya SOROS-BERSIH akan berhenti membuat kacau ganggu terhadap keamanan hidup rakyat Malaysia? 

Jawapannya sangat mudah. Mereka akan berhenti hanya setelah mereka sempurnakan semua tugasan yang telah dibayar upah secara awal oleh pihak-pihak yang menaja mereka. Antara yang memberi bantuan pembiayaan kepada BERSIH ialah Open Society Foundations (OSF) oleh George Soros. 

Apa yang OSF mahukan dari bantuan pembiayaan ini?

Laman web OSF menyatakan dengan jelas bahawa dana tersebut diberikan supaya "The Ruling Malay" di Malaysia diubah bagi membuka jalan supaya "Hak Asasi Manusia" dapat diamalkan dengan bebas dan juga perkara-perkara lain.


Siapa Pula Yang OSF Maksudkan Sebagai "The Ruling Malay"?

Apakah SOROS-OSF maksudkan Kuasa Eksekutif Kerajaan diperintah Melayu-Islam sedia ada? Atau apakah SOROS-OSF maksud Raja-Raja Melayu itu sendiri?

Jika kedua kumpulan ini yang dimaksudkan untuk dibuang, jelas SOROS-BERSIH sangat bersifat PERKAUMAN dan sedang bermain api pertembungan agama.

Dengan lambakan aktivis, NGO, media Pro Sekular, Liberal penentang establishment Islam dan ekstremis Kristian di dalam SOROS-BERSIH, tidak dapat tidak, kesimpulan dan fair comment yang boleh dibuat bahawa mereka mensasarkan sasaran di atas adalah munasabah.

Jelas SOROS-BERSIH sedang bermain dengan api. Malang sekali, Najib Tun Razak telah memansuhkan ISA. Suatu perkara yang negara First World seperti Singapura sendiri tidak mahu lakukan. 

Rakyat Malaysia mahu melihat Kerajaan Malaysia bertindak dengan ketegasan yang munasabah. Tindakan harus diambil jika SOROS-BERSIH terbukti mengancam keselamatan negara.

Mencegah lebih baik daripada mengubati.